| English Other Languages |
![]() |
|
|
Director: Daniel C. Levy |
| HOME |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambaran Keseluruhan Program Gambaran Keseluruhan Program memberi imbasan sepintas lalu tentang Program untuk Penyelidikan Pendidikan Tinggi Swasta.(PPPTS) Untuk maklumatselanjutnya, sila rujuk kertas mengenai latar belakang program ini dan halaman-halaman lain di laman web PPPTS ini. Apa dia PPPTS?
Misi PPPTS memfokuskan kepada penemuan, analisis, penyebaran ilmu pengetahuan serta pembinaan satu pusat antarabangsa untuk para penyelidik. PPTS tidak mewakili mahupun mempromosi mana-mana badan pendidikan tinggi swasta. Aktiviti asas PPPTS ialah menjanakan kesarjanaan yang bertujuan untuk memberi maklumat-maklumat kepada pihak awam dalam perbincangan serta penggubalan dasar. Ibu pejabat PPPTS
terletak di Universiti di Albany, SUNY(State University of New York) dan
di bawah pengarah Daniel C. Levy, seorang professor SUNY yang unggul dan
berkaliber. Projek permulaan PPPTS menumpukan kepada perkembangan sektor
swasta di seluruh dunia, dan projek ini akan dibantu oleh sebuah projek
lain ( kerjasama dengan Kolej Boston) yang berkaitan dengan pengumpulan
dan penyebaran data. Dana permulaan PPPPTS disumbangkan oleh Yayasan Ford
dan dibantui oleh Universiti di Albany. Apakah keutamaan
PPPTS?
Perkara pokok yang dititikberatkan ialah sifat-sifat unik dan tersendiri yang ada pada sektor pendidikan tinggi swasta apabila dibandingkan dengan pendidikan tinggi awam, dan cara bagaimana sifat-sifat ini berbeza di antara subsektor-subsektor serta institusi-institusi swasta di antara satu sama lain, dan dengan apa yang berada di sektor awam. Sifat-sifat yang tersendiri ini akan dinilai berdasarkan kepada isomorfisme, iaitu kecenderongan untuk mencontohi dan bukan bersifat tersendiri. Apakah skop geografik
PPPTS? Bagi negara-negara
utama dalam senarai yang tersebut di atas, PPPTS bergantung kepada pembangunan
jaringan para cendekiawan kolaboratif. Para cendekiawan ini bergabung
tenaga secara intensif dengan pengarah PPPTS dan akan berfungsi sebagai
satu pasukan penyelidik yang mempunyai agenda-agenda, rangka -rangka kerja
dan kaedah-kaedah yang sama tetapi juga berautonomi. PPPTS mempunyai satu
misi yang bertenaga dalam pembentukan tapak global untuk cendekiawan-cendekiawan
muda. |
| Related Research Centers | |
|
|
|
||||
|
Program
for Research on Private Higher Education
(Financed by the FORD FOUNDATION, complemented by the University at Albany, SUNY) This website is best viewed by IE Browser 5.0 or above and Mozilla Foxfire. Last update Nov 26, 2008. All
rights are reserved. Please
contact PROPHE Webmaster
for any question or suggestion.
|
||||||